People in Map

Counter

Followers

Selasa
4 Disember 2012
1:34 pagi

Aku sedang mengulangkaji pelajaran, sambil mendengar lagu bertajuk AdaMu yang dilantunkan oleh Najwa Latif

Ketika ini juga aku sedang menulis sesuatu di blog ini (ia hasil dari gerak hatiku untuk menuliskan kata-kata ini..)

Setiap makhluk mempunyai perjuangan yang tersendiri
Setiap makhluk mempunyai sesuatu yang berharga untuk dilindungi

Ada yang berjuang menuntut ilmu,
mempertahankan akidah,
maruah,
negara,
memperjuangkan tamadun,
berusaha demi impian masing-masing..
ya
Setiap orang mesti memperjuangkan sesuatu

Jika tidak, mereka ibarat hanyalah sampah yang tak dapat dikitar semula langsung







Lama sudah blog ini tidak dikemaskini dengan entri-entri yang baharu :)
Sejak berpindah ke SBPI Selandar, Melaka, tidak ada masa untuk aku melainkan hanya untuk menuntut ilmu sahaja (maksudnya, kebanyakan masa belajar sahaja)
Sambil bersedia,
untuk mencipta sejarah
kerana sejarah tamadun manusia itu sendiri
sudah kelihatan penguhujungnya,
walaupun agak samar.



WAKE UP!



Ya, sudah menjadi sunnatullah, bahawa kejayaan yang diraih hari ini adalah hakikatnya bermula dari usaha-usaha di masa lalu, dan begitu jugalah kejayaan di masa depan ditentukan oleh bagaimana keadaaan kita di masa sekarang.

Jadi benarlah apa yang selalu kita dengar “Langkah yang beribu batu itu bermula dengan langkah yang pertama” soalnya sekarang adakah kita sudah mula melangkah? Atau masih menjadi penonton sahaja kepada kebangkitan-kebangkitan islam yang sedang berlaku di dunia hari ini.


Cukuplah keratan artikel yang ditulis oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi ini memberikan gambaran apa yang seharusnya kita lakukan untuk kita mencipta kebangkitan dan kesedaran Islam secara menyeluruh sifatnya.

1990, menyaksikan parti islam pertama yang memenangi pertandingan dalam pilihanraya dalam system demokrasi iaitu F.I.S di Algeria. Adakah kejayaan itu percuma sifatnya? Atau ianya berlaku secara kebetulan dan datang ibarat bola yang bergolek sahaja?

Mari kita teliti apa yang dinukilkan oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi ini.

“ Pernah golongan muda dari Algeria mengatakan ‘ kami pernah menunggu kehadiran ekspo antarabangsa, kami tercegat semalaman di hadapan pintu ekspo tersebut, apabila pintu dibuka, kami menyerbu gerai-gerai dan toko-toko buku islamik, tidak sampai dua atau tiga jam, semua buku-buku islamik sudah habis di jual’.

Inilah kedahagaan demi membaca tulisan-tulisan islamik. Disebabkan itulah saya ( Dr Yusuf al-Qaradhawi) semasa kali pertama pergi ke Algeria mereka di sana meminta supaya mencetak dan memasarkan kitab tulisan saya di Algeria. Mereka sendiri mengatakan bahawa ‘ anatara perkara-perkara yang hanya di benarkan kepada kami adalah buku-buku dan percetakannya’.

Maka saya mengatakan kepada mereka ‘ ambillah kitab-kitab ini tanpa sebarang bayaran, dan cetaklah kitab-kitab ini’. Sedemikian juga turut dilakukan oleh syeh Al-Ghazali Rahimahumullah yang memberi kebenaran kepada penduduk-penduduk Algeria untuk mencetak kitab-kitabnya.

Saya pernah mengatakan bahawa kitab-kitab ini sahaja sudah cukup untuk membangkitkan dan mencetuskan revolusi di Algeria dan sememangnya itulah yang berlaku kemudiannya. Saudara-saudara disana mengatakan kepada saya ‘sesungguhnya perkiraan kamu itu benar, revolusi islam sudah mula meletus dan telah bangkitnya pergerakan islam secara terang-terangan yang pertama di Negara-negara arab, iaitu Front Keselamatan Islam (F.I.S) di Algeria.

Sahabat-sahabat saya sekelian, saya pernah pergi untuk menunaikan solat jumaat di Algeria. Solat jumaat di sana biasanya di hadiri dalam lingkungan seratus atau dua ratus ribu orang jemaah, seperti mana yang dianggarkan oleh para wartawan dan lain-lainnnya yang hadir sekali. Masjid tiga tinggkat dipenuhi oleh jemaah-jemaah, tidak kurang juga kawasan lapang di sekeliling masjid, jalan-jalan dan medan-medan yang berhubung dengan masjid yang turut dibanjiri ribuan jemaah sehingga melumpuhkan laluan lalulintas untuk sementara waktu.

Duta Qatar memberitahu saya ‘anak lelakiku ingin solat jumaat di Algeria, dia sudah bertolak seawal pukul sebelas pagi lagi sedangkan solat jumaat bermula jam satu tengahari. Dia ingin bersolat dekat dengan Syeikh Yusuf yang ketika itu datang melawat dari Qatar, tetapi dia tidak mampu untuk masuk kedalam masjid kerana apabila dia tiba, masjid telah pun dipenuhi oleh jemaah yang datang lebih awal, dan dia langsung tidak boleh masuk ke dalam masjid.*


Dari keratan artikel di atas, dapatlah dibuat beberapa kesimpulan kenapa mereka pernah mencapai kejayaan sebegitu rupa.

Kesedaran dan kecintaan mereka terhadap ilmu dan buku-buku, kerana inilah ayat pertama yang Allah turunkan buat Ummat Muhammad SAW “IQRA”- bacalah.

Kerana ilmu itu sifatnya adalah cahaya yang akan menerangi lorong-lorong gelap yang di huni manusia. Dan akhirnya membaca akan membawa manusia itu menyungkur sujud dan semakin dekat dengan Tuhannya.

Dan ini jugalah yang menjadi asas kepada pemikiran falsafah Socrates seorang pemikir Yunani iaitu beliau membawa konsep “Budi ialah tahu” dengan membawa makna orang yang berpengetahuan dengan sendirinya berbudi baik dan memperoleh kejayaan”

Masyarakat yang Rabbani dengan makna mereka mengakui bahawa mereka hidup bertuhan, dengan membanjiri rumah-rumah ibadah demi untuk bukan sahaja sebagai satu bentuk tanggungjawab buat mereka malah yang jauh lebih dalam dari itu adalah berusaha mendekatkan diri kepada Tuhannya.

Harus kita sedar, bahawa kita ini lemah sifatnya, dan kita ini hamba kepada Tuhan kita, jadi tidak akan pernah ada satu kuasa pun yang mampu memberikan kekuasaaan yang sebenarnya kecuali kekuatan itu harus datang dari Tuhan yang menciptakan kita dan tentunya lebih tahu tentang diri kita sendiri melebihi tahunya kita terhadap diri kita.


*(Realiti Ummat Islam Masa Kini, Satu Penelitian~ DR Yusuf Al-Qaradhawi)
Keluaran CCFS ~ M/S: 30-31

Sumber : http://basri-ibrahim.blogspot.com/

Pada awalnya aku fikirkan keputusan PMR tak boleh buat aku gembira meskipun aku dapat paling cemerlang seluruh Semenanjung Malaysia sekalipun.
Yang hanya dapat menggembirakan aku hanyalah bila semangat jihad menentang kebatilan dalam kalangan remaja bangkit!

Tapi bila ramai orang sekeliling kita memberikan harapan, mengharap, berdoa untuk kita, ianya satu kegembiraan bila kita dapat memenuhi kehendak dan harapan mereka, terutamanya ibu bapa, guru2 dan rakan2.

Walaupun sekadar di atas kertas, kalau itu yang boleh membuatkan mereka gembira, aku akan pertahankan. Tapi yang penting kawan2, Ilmu dalam dada itu lebih berharga jika diamalkan..

Semoga berjaya di dunia dan di akhirat, Inshaallah.
Segala Puji-pujian Untuk ALLAH, #TuhanSekalianAlam

Lepas ni kena lah tunaikan nazar, hahaha

Nak mintak hadiah apa ye?
|Pada saat ni, aku sangat memerlukan sebuah laptop, untuk memberikan aku ruang dan lebih keselesaan
untuk buat pelbagai kajian mendalam, eceh..
Tapi takperlah an? PMR je kot. Bukannya GRAND sangat...


PESAN2 SAYANG:    Ternaklah binatang ternakan, tanamlah tanaman2 yang menguntungkan,  laburlah dinar emas(jangan gadai EMAS!)... Kerana sistem wang kertas akan jatuh, collapse tak lama lagi
Pada waktu itu, wang kertas dah tak berguna lagi, duit dalam akaun dibekukan oleh bank. Saat itu yang ada nilai hanyelah emas(dinar) dan perak(dirham) serta binatang2 ternakan dan tumbuhan2 yang berbuah.
Ini bukan dongeng. INILAH KEBENARAN

Rujuklah laman web ini:
http://www.dinar-emas.com
http://www.facebook.com/Forum.DinarEmas

Hari ini semua tingkatan 3 batch 2011 di Malaysia secara rasminya telah menjadi graduan, hehe..
Sebenarnya admin dah dapat cuti awal daripada ayahanda pengetua yang dirindui, Tuan Haji Ariffin ibnu Omar.
Beliau akhirnya menamatkan perkhidmatannya di sekolah SMKA Sultan Muhammad pada tahun ini setelah 3 tahun bersama kitorang, Beliau seorang yang hebat, admin kagum dengan karisma yang ada padanya, huhu

HAAAAAAAAHHHHHHHHHH............

apa yang akan berlaku lepas ni yek?
entahlah, admin tak tau...
mungkin bosan sebab takder lagi gurauan bersama kawan2 (untuk jangka masa yang panjang), tak dapat lagi merasa kehidupan sekolah yang seronok, huru hara dan mesra.

oh ya,
kepada cenan tiger (Syafiq Adnan) kalau kau baca la...,
aku halalkan hutang kau, aku bukannya dalam keadaan kesempitan kewangan
cuma saja2 nk usik kau, sejak kau pinjam hari tu, aku dah halalkan kiranya aku just belanja kau jer la
TAKDER HAL! walaupun kau ngan aku bukannya rapat sangat..

aku teringin nak upload gambar2 hari2 terakhir bersekolah,
tapi malangnya...(sial la, tuih)
micro SD telah tercicir dari poket.... tu lah gatal tangan cabut micro SD dari enset..
dah la bende tu kecik giler..
jadi, aku rakamkan hari2 terakhir aku dan kawan2 semasa menjadi warga form 3 dalam ingatan aku
semua peristiwa tersimpan kemas dalam memori aku
harap2 aku tak kena langgar dengan kereta atau apa2 je yang boleh menyebabkan aku hilang ingatan
sebab apabila kita takder memori untuk diingati, kita lebih terseksa, hati merasa kosong,menyedihkan bukan?
nauzubillah, semoga aku dilindungi Allah dari perkara tersebut

Semakin lama kita meningkat dewasa, semakin banyak perkara untuk disimpan, semakin banyak perkara untuk diingati, dikenang dan dijadikan penyegar minda yang sunyi, pastikan akan menjadikan kita lebih matang dan kuat.
Inshaallah, harap2 tahun depan aku dapat menyimpan lebih banyak kenangan tak kira yang pahit atau masam. ^^
Selamat tinggal batch form 3 2011, kau kurindui dan dikenang
PMR 9A!!! INSHAALLAH!!

dan harapan terakhir aku ialah, walaupun ada yang sudah dan akan terpisah jauh
walaupun jarak antara kita semua semakin menjauhi kita,
selagi langit masih berdiri tanpa tiang, selagi kita masih memandang langit yang berhubung, satu
HATI KITA JUGA BERHUBUNG DAN BERSATU,
harapan ini bukan untuk kenalan di sultan muhammad sahaja, malah untuk kawan2 lama yang disayangi selamanya, mana mungkin aku lupa orang2 yang aku rapati dulu, bergelak tawa sama2, kau orang semualah yang membentuk peribadi aku =)
Terima kasih untuk segala-galanya...

....jangan salah paham dengan ayat terakhir tu, aku tau bunyi nya macam orang beri kata2 terakhir sebelum bunuh diri LOL, tapi aku terasa nak ucapkan terima kasih, sekarang aku lebih menghargai PERSAHABATAN (^_^)

もっと強く   Motto Tsuyoku
Be Strongger

Pemandangan langit subuh pagi itu sungguh indah dan menyegarkan.
Angin bertiup sayu, terasa wajah dibelai lembut,
burung-burung mula berkicauan,
pepohon hijau melambai-lambai lembut.
Cahaya terang mula bangkit dari celah-celah awan dan kegelapan.
Sejak itu, aku berharap agar Allah memanjangkan umurku agar aku dapat melihat lagi permandangan itu hari esok.




Night is OVER,  the sky shall SHINES



Ramai yang menganggap bahawa seorang individu yang memilih kawan adalah tergolong dari golongan yang cerewet dan ‘perasan bagus’, malah ada yang mengkritik tindakan seumpama itu dengan mengada-ngada serta tidak wajar dijadikan amalan.
Namun hakikatnya, ramai yang tidak tahu bahawa Islam sebenarnya menggariskan kepada umatnya untuk memilih di dalam menjalin persahabatan.
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
  1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
  3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
  4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  5. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Justeru itu, dalam memilih sahabat kita hendaklah bersikap memilih yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sebagai umat Islam di zaman moden dan serba maju ini, sewajarnya kita berhati-hati dalam memilih rakan kerana persahabatan itu mampu mempengaruhi kehidupan sama ada membawa kebaikan atau hanya bakal mendatangkan kerosakan kepada kita.
Sesungguhnya Islam memberiahu bahawa rakan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat, manakala rawan yang tidak baik pula hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.

Namun begitu, saya tidak menghalang anda untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.
Pada hakikatnya, apabila kita nak membina persahabatan, kita tak perlu memilih
hanya persahabatan yang karib dan rapat sahaja yang perlu kita usahakan dan bersikap memilih  semuanya bergantung kepada pilihan kita sendiri, apa yang kita mahu, kita yang tentukan.. :)





True beauty is in the way she laughs
True beauty is in her eyes
True beauty is how she acts
True beauty is inside
True beauty is unseen
True beauty is only felt
True beauty is not mean
True beauty is herself
True beauty can't be cruel
True beauty is bare
True beauty within you
True beauty is always there
True Beauty can't be covered with makeup
True beauty means true love
True beauty can't be baked up
True beauty is the flight of a dove
True beauty has no flaws
For True beauty is all that matters after all

Music


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Powered By Blogger

Copyright 2010 思い出 - の - 世界
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger